Frequently Asked Questions
Apakah itu Bekam / Hijamah?
Adalah bermaksud “perlepasan darah kotor “. Terapi ini merupakan satu kaedah mengeluarkan sisa toksid dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan cara menyedut. Alat yang digunakan dalam melakukan bekam tersebut samada gelas ataupun mangkuk plastik yang tebal dan berkualiti dan lebih hygiene.
Bagaimanakah mekanisme ia bekerja?
Ada beberapa teori bekenaan bagaimana bekam bekerja diantaranya ialah :
- Teori Refleks
Adanya refleks dari kulit yang dihantarkan oleh saraf ke sum-sum tulang belakang (medula spinalis) kemudian ke organ dalam.
- Teori saraf Otonom.
Titik bekam merupakan tempat pemusatan saraf otonom yang berhubungan dengan Thalamus dan Hypothalamus di dalam otak yang akan diteruskan ke organ.
- Teori neuro Humoral
Rangsangan pada titik bekam akan merubah biokimia darah seperti triglycerida, kolesterol dll.
- Teori susunan saraf pusat
Rangsangan pada titik bekam akan ke susunan saraf pusat yang kemudian mengeluarkan perintah ke organ dalam melalui efek perubahan elektromagnet otak.
Apakah efek bekam pada tubuh?
Kulit - Akan terjadi pengurangan sensitiviti sehingga terjadi efek analgesik dan anestasia.
Otot - Akan menyebabkan relaksasi pada otot yang tegang.
Saraf - Menimbulkan efek analgesik dan anastesia.
Pembuluh darah - Akan terjadi vasolidatasi kapileri (pelebaran salur darah) sehingga melancarkan alirannya.
Darah - berlakunya pemecahan lemak, pengurangan kadar lipid, bertambah kadar globulin sehingga
meningkatkan imuniti tubuh.
Endokrin - Merangsang pembentukan hormon.
Mental - menghilangkan stress, anxiety, depresi dan menimbulkan efek hipnotik.
Sendi - menimbulkan efek anti inflamasi pada athritis.
Usus - menimbulkan rangsangan pada perilstatik usus.
Orang yang tidak layak dibekam darah?
1. Orang Tua yang lemah tidak berdaya.
2. Orang yang memakan ubat pencair darah.
3. Tekanan darah yang sangat rendah.
4. Wanita yang sedang haid.
5. Pada kulit yang berpenyakit.
6. Waktu perut yang terlalu kenyang.
7. Pada perut wanita hamil.
8. Penderita Diabetes yang melebih 10mmol/L
9. Kanak-kanak berumur < 3 tahun.
Kekerapan Bekam?
1. Seminggu sekali – bagi berpenyakit kronik (kanser, stroke, gout dsb) sehingga 2 bulan, bulan ke-3 rehat.(Ulangi cycle ini sehingga sembuh) Nota: Jumlah cup dimulai sedikit dan titik bekamnya diubah2.
2. Sebulan sekali – “Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 hb, maka ia akan menyembuhkan pelbagai penyakit” . (HR Abu Daud). Sebagai pemeliharaan kesihatan & meningkatkan imuniti tubuh.
3. 4 Bulan sekali – “...sel darah merah bertahan hidup selama 120 hari dan selepas itu ia akan rosak, mati, tidak berfungsi lagi.....” (Teori RBC)
4. Bila2 masa sahaja apabila datangnya serangan penyakit.
“Do” & “don’t”sebelum & selepas bekam?
Do’s
1. Lakukan aktiviti fizikal sebelum bekam spt sauna, berjalan kaki agar darah mudah keluar semasa bekam.
2. Minum air, madu @ makanan tenaga selepas bekam.
Don’t
1. Tidak berjimak sebelum & selepas bekam.
2. Tidak melakukan aktiviti berat selepas bekam.
3. Tidak terus mandi selepas bekam. (ok >1jam)
4. Tidak terus tidur selepas bekam.(ok >1jam)
5. Tidak makan 2 jam sebelum bekam.
Apakah kesan sampingan selepas bekam (healing crisis) & menanganinya?
Lebam – akan hilang < seminggu. Sapukan minyak habatus sauda @ tuam / tungku suam panas di tempat lebam untuk cepat sembuh.
Kegatalan – sapu minyak habatus sauda pada kawasan gatal setiap hari + minum air suam. Elakkan menggaru.
Demam – Banyakkan minum air mineral.
Keletihan – rehat @ tidur yang cukup. Minum madu @ makan pil habatus sauda (2x sehari) setiap hari utk tambah tenaga.
Jenis penyakit yang telah dirawat dengan bekam.
Migrain yang berulang2.
Sakit pinggang seolah2 slip disc.
Impotensi dan lemah shahwat.
Sciatica.
Allopecia (rambut gugur)
Batuk @ bronchitis.
Demam.
Hypertension.
Gout.
Depression, anxiety, stress.
Gatal.
Blog atau website sebagai rujukan?
http://bekampekan.blogspot.com
http://www.healthmeanswealth.co.uk
http://www.ahealth.co.uk
http://www.hijamadirectory.info
Bagaimana alat bekam disteril?
1. Cawan bekam direndam Sodium Hypochloride + hebtane.
2. Dibasuh dengan pencuci.(Dettol)
3. Dibilas dengan air.
4. Dikeringkan pada suhu bilik.
5. Dimasukkan dalam UV-Steriliser.
6. Disimpan dalam rak.
7. Dispray dgn alkokohol sebelum guna.
Saya ingin belajar bekam, boleh tak?
Kami amat mengalukan anda belajar sendiri Sunnah bekam ini. Kami sedia mengajar anda dan membekalkan alatan bekam.
Hubungi kami bila2 masa.
Hadis berkenaan Bekam?
Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:
1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)
2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)
3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)
4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)
6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud).
Apakah supplement cadangan?
Amalkan pemakanan sunnah seperti Madu, Habatus Sauda, Cuka Kurma, Delima, Minyak Zaitun, Susu dll. Ianya banyak disebut dalam Hadis dan Al-Quran.
Cuka Kurma – amalkan bersama madu. 1 sudu cuka kurma + 1 sudu madu(boleh juga 2:2 @ 1:2) bersama segelas air. Diminum pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur. Baik untuk mengurangkan lemak badan, membantu pesakit Hypertension, Gout, Diabetes, Kolesterol tinggi, Slimming tubuh dsb.
Minyak Habatus sauda – Dicampur 2 titis dalam setiap minuman seperti Kopi, Teh, Milo dsb. Menguatkan sistem Imun badan. Sapu pada kulit yang gatal dan berparut.
Jus Delima – Diminum 2 sudu 2 x sehari.
Minyak Zaitun – Amalkan minum 2 sudu setiap malam sebelum tidur. Baik untuk kulit dan jantung. Menurunkan LDL kolesterol.