Bekam Pekan

Bekam Pekan
1001

Sunday, 17 November 2013

Mekanisma Bekam Menurut Perubatan Moden



Ramai orang meragui akan khasiat bekam, kerana menurut mereka manfaatnya hanya sekadar meringankan badan. Namun pendapat ini dibantah oleh ilmu kedoktoran moden sebagaimana yang akan kita bahaskan. Amalan bekam ini ternyata sangat maju dan lebih berkesan berbanding ilmu kedoktoran moden pada masa kini. Keberkesanan perubatan ini adalah sangat mustahil ditemui (berdasarkan kajian moden) pada zaman Rasulullah, namun beliau sudah terang-terangan memerintahkan ummatnya untuk mencari kesembuhan sesuatu penyakit dengan kaedah bekam.

Antara sabda baginda mengenai bekam, maksudnya: “Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu dengan minum madu, ssyatan (torehan) pisau bekam, dank ay (dengan api). Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.” (Sahih Bukhari, At-Tib Juz I Hal 5680).

Menurut kedoktoran traditional, bahawa di bawah kulit, otot mahupun fascia (lapisan yang meliputi otot) terdapat satu point (titik) yang mempunyai keistimewaan. Antara satu point dengan point yang lain saling berhubung dalam bentuk jaringan membujur atau melintang. Jaringan ini dapat disamakan dengan meridian atau habl. Dengan adanya jaringan ini, maka terdapat hubungan yang erat antara bahagian dalam dengan bahagian luar, bahagian kanan dengan bahagian kiri tubuh, antara organ-organ tubuh dengan jaringan bawah kulit, antara organ-organ , dan sebagainya sehingga membentuk suatu kesatuan yang tidak terpisah dan dapat berinteraksi secara serentak.



Gangguan yang terjadi pada suatu point ini dapat merebak dan mempengaruhi point lain, dan juga sebaliknya jika pengubatan dilakukan pada satu point akan menyembuhkan point lainnya yang mempunyai jaringan. Teori ini dapat menjelaskan bahawa jika seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam pada matanya, namun dapat dibekam di daerah kepala atau sekitar lehernya. Jika seseorang yang mengalami gangguan pada sistem pencernaannya dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidah. Untuk mengubati pencernaan boleh dibekam pada point lidah dan sebaliknya untuk mengubati penyakit pada lidah boleh dibekam pada point saluran pencernaan.

Manakala ilmu perubatan barat pula sangat tertarik dengan fenomena bekam, dan mereka pun melakukan penelitian kajian terhadap mekanisma perubatan bekam dan ternyata mereka menemukan point-point itu merupakan point istimewa  “motor point” pada penempelan neuromuskular yang mengandungi banyak mitikondria, pembuluh (salur) darah, mioglobin, cell mast, kelenjar limfe, kapilari, venula, bundle dan pleksus saraf serta hujung saraf akhir dibandingkan dengan daerah yang bukan point istimewa.

Mereka membuktikan bahawa apabila dilakukan pembekaman pada satu point maka kulit jaringan bawah iaitu fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast sel dan lain-lain. Akibat kerosakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamin, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat inilah yang menyebabkan terjadinya dilatasi kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang dibekam. Dilatasi kapiler juga terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman.



Ini semua menyebabkan terjadinya pembaikpulih mikrosirkulasi pembuluh darah yang memberi kesan relaksasi (pelemasan) otot-otot yang kaku serta kesan vasodilatasi umu akan menurunkan tekanan darah secara stabil. Yang paling penting adalah dilepaskannya cortoctrophin releasing factor (CRF), serta releasing factors lainnya oleh adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin dan Corticosteroid yang mempunyai kesan menyembuhkan peradangan serta menstabilkan permeabilitas sel.

Manakala histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses pembaikan sel dan jaringan yang rosak serta menuju ke arah pembentukkan reticulo endothelia cell, yang akan meninggikan daya ketahanan dan imunisasi tubuh.

Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di atas kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang disambungkan pada comu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan  endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju motor neuron dan menimbulkan tindakbalas intubasi sakit. Selain itu kesan lainnya ialah dilatasi pembuluh darah kulit dan meningkatkan kerja jantung.

Pada sistem endokrin terjadinya kesan yang mempengaruhi sistem pusat melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem prefer langsung berkesan pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesteron, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari tempat atau daerah pembekaman.

Itulah khasiat bekam yang ternyata telah dibuktikan oleh ilmu perubatan moden dan ternyata sangat besar manfaatnya bagi penyembuhan tubuh. Tidak salah lagi memang benar terbukti nasihat para malaikat kepada Rasulullah supaya umat manusia jangan meninggalkan perubatan bekam untuk tujuan kesihatan dan sebenarnya ia saranan dari Yang Maha Pencipta, Allah Rabbul ‘Alamin untuk hamba-hambanya berubat.

“Aku tidak berjalan dihadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aki di isra’kan kecuali mereka berkata; ‘Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’.”  (Sohibul Jami’ : 5671)


Oleh Dr. Wadda Amani Umar

No comments:

Post a Comment