Bekam Pekan

Bekam Pekan
1001

Saturday, 23 November 2013

Frequently Asked Questions FAQ



Frequently Asked Questions 

Apakah itu Bekam / Hijamah?

Adalah bermaksud “perlepasan darah kotor “. Terapi ini merupakan satu kaedah mengeluarkan sisa toksid dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan cara menyedut. Alat yang digunakan dalam melakukan bekam tersebut samada gelas ataupun mangkuk plastik yang tebal dan berkualiti dan lebih hygiene.


Bagaimanakah mekanisme ia bekerja?

Ada beberapa teori bekenaan bagaimana bekam bekerja diantaranya ialah :

- Teori Refleks  
Adanya refleks dari kulit yang dihantarkan oleh saraf ke sum-sum tulang belakang (medula spinalis) kemudian ke organ dalam.

- Teori saraf Otonom.
Titik bekam merupakan tempat pemusatan saraf otonom yang berhubungan dengan Thalamus dan Hypothalamus di dalam otak yang akan diteruskan ke organ.

- Teori neuro Humoral  
Rangsangan pada titik bekam akan merubah biokimia darah seperti triglycerida, kolesterol dll.

- Teori susunan saraf pusat  
Rangsangan pada titik bekam akan ke susunan saraf pusat yang kemudian mengeluarkan perintah ke organ dalam melalui efek perubahan elektromagnet otak.


Apakah efek bekam pada tubuh?

Kulit - Akan terjadi pengurangan sensitiviti sehingga terjadi efek analgesik dan anestasia.

Otot - Akan menyebabkan relaksasi pada otot yang tegang.

Saraf - Menimbulkan efek analgesik dan anastesia.

Pembuluh darah - Akan terjadi vasolidatasi kapileri (pelebaran salur darah) sehingga melancarkan alirannya.

Darah - berlakunya pemecahan lemak, pengurangan kadar lipid, bertambah kadar globulin sehingga
meningkatkan imuniti tubuh.

Endokrin - Merangsang pembentukan hormon.

Mental - menghilangkan stress, anxiety, depresi dan menimbulkan efek hipnotik.

Sendi - menimbulkan efek anti inflamasi pada athritis.

Usus - menimbulkan rangsangan pada perilstatik usus.


Orang yang tidak layak dibekam darah?

1. Orang Tua yang lemah tidak berdaya.
2. Orang yang memakan ubat pencair darah.
3. Tekanan darah yang sangat rendah.
4. Wanita yang sedang haid.
5. Pada kulit yang berpenyakit.
6. Waktu perut yang terlalu kenyang.
7. Pada perut wanita hamil.
8. Penderita Diabetes yang melebih 10mmol/L
9. Kanak-kanak berumur < 3 tahun.


Kekerapan Bekam?

1. Seminggu sekali – bagi berpenyakit kronik (kanser, stroke, gout dsb) sehingga 2 bulan, bulan ke-3 rehat.(Ulangi cycle ini sehingga sembuh) Nota: Jumlah cup dimulai sedikit dan titik bekamnya diubah2.

2. Sebulan sekali – “Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 hb, maka ia akan menyembuhkan pelbagai penyakit” . (HR Abu Daud). Sebagai pemeliharaan kesihatan & meningkatkan imuniti tubuh.

3. 4 Bulan sekali – “...sel darah merah bertahan hidup selama 120 hari dan selepas itu ia akan rosak, mati, tidak berfungsi lagi.....” (Teori RBC)

4. Bila2 masa sahaja apabila datangnya serangan penyakit.


“Do” & “don’t”sebelum & selepas bekam?

Do’s  
1. Lakukan aktiviti fizikal sebelum bekam spt sauna, berjalan kaki agar darah mudah keluar semasa bekam.
2. Minum air, madu @ makanan tenaga selepas bekam.

Don’t  
1. Tidak berjimak sebelum & selepas bekam.
2. Tidak melakukan aktiviti berat selepas bekam.
3. Tidak terus mandi selepas bekam. (ok >1jam)
4. Tidak terus tidur selepas bekam.(ok >1jam)
5. Tidak makan 2 jam sebelum bekam.

Apakah kesan sampingan selepas bekam (healing crisis) & menanganinya?

Lebam  – akan hilang < seminggu. Sapukan minyak habatus sauda @ tuam / tungku suam panas di tempat lebam untuk cepat sembuh.

Kegatalan  – sapu minyak habatus sauda pada kawasan gatal setiap hari + minum air suam. Elakkan menggaru.

Demam  – Banyakkan minum air mineral.

Keletihan  – rehat @ tidur yang cukup. Minum madu @ makan pil habatus sauda (2x sehari) setiap hari utk tambah tenaga.


Jenis penyakit yang telah dirawat dengan bekam.

Migrain yang berulang2.
Sakit pinggang seolah2 slip disc.
Impotensi dan lemah shahwat.
Sciatica.
Allopecia (rambut gugur)
Batuk @ bronchitis.
Demam.
Hypertension.
Gout.
Depression, anxiety, stress.
Gatal.


Blog atau website sebagai rujukan?

http://bekampekan.blogspot.com
http://www.healthmeanswealth.co.uk
http://www.ahealth.co.uk
http://www.hijamadirectory.info


Bagaimana alat bekam disteril?

1. Cawan bekam direndam Sodium Hypochloride + hebtane.
2. Dibasuh dengan pencuci.(Dettol)
3. Dibilas dengan air.
4. Dikeringkan pada suhu bilik.
5. Dimasukkan dalam UV-Steriliser.
6. Disimpan dalam rak.
7. Dispray dgn alkokohol sebelum guna.


Saya ingin belajar bekam, boleh tak?

Kami amat mengalukan anda belajar sendiri Sunnah bekam ini. Kami sedia mengajar anda dan membekalkan alatan bekam.

Hubungi kami bila2 masa.


Hadis berkenaan Bekam?

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud).

Apakah supplement cadangan?

Amalkan pemakanan sunnah seperti Madu, Habatus Sauda, Cuka Kurma, Delima, Minyak Zaitun, Susu dll. Ianya banyak disebut dalam Hadis dan Al-Quran.

Cuka Kurma – amalkan bersama madu. 1 sudu cuka kurma + 1 sudu madu(boleh juga 2:2 @ 1:2) bersama segelas air. Diminum pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur. Baik untuk mengurangkan lemak badan, membantu pesakit Hypertension, Gout, Diabetes, Kolesterol tinggi, Slimming tubuh dsb.

Minyak Habatus sauda – Dicampur 2 titis dalam setiap minuman seperti Kopi, Teh, Milo dsb. Menguatkan sistem Imun badan. Sapu pada kulit yang gatal dan berparut.

Jus Delima – Diminum 2 sudu 2 x sehari.

Minyak Zaitun – Amalkan minum 2 sudu setiap malam sebelum tidur. Baik untuk kulit dan jantung. Menurunkan LDL kolesterol. 

Sunday, 17 November 2013

Mekanisma Bekam Menurut Perubatan Moden



Ramai orang meragui akan khasiat bekam, kerana menurut mereka manfaatnya hanya sekadar meringankan badan. Namun pendapat ini dibantah oleh ilmu kedoktoran moden sebagaimana yang akan kita bahaskan. Amalan bekam ini ternyata sangat maju dan lebih berkesan berbanding ilmu kedoktoran moden pada masa kini. Keberkesanan perubatan ini adalah sangat mustahil ditemui (berdasarkan kajian moden) pada zaman Rasulullah, namun beliau sudah terang-terangan memerintahkan ummatnya untuk mencari kesembuhan sesuatu penyakit dengan kaedah bekam.

Antara sabda baginda mengenai bekam, maksudnya: “Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu dengan minum madu, ssyatan (torehan) pisau bekam, dank ay (dengan api). Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.” (Sahih Bukhari, At-Tib Juz I Hal 5680).

Menurut kedoktoran traditional, bahawa di bawah kulit, otot mahupun fascia (lapisan yang meliputi otot) terdapat satu point (titik) yang mempunyai keistimewaan. Antara satu point dengan point yang lain saling berhubung dalam bentuk jaringan membujur atau melintang. Jaringan ini dapat disamakan dengan meridian atau habl. Dengan adanya jaringan ini, maka terdapat hubungan yang erat antara bahagian dalam dengan bahagian luar, bahagian kanan dengan bahagian kiri tubuh, antara organ-organ tubuh dengan jaringan bawah kulit, antara organ-organ , dan sebagainya sehingga membentuk suatu kesatuan yang tidak terpisah dan dapat berinteraksi secara serentak.



Gangguan yang terjadi pada suatu point ini dapat merebak dan mempengaruhi point lain, dan juga sebaliknya jika pengubatan dilakukan pada satu point akan menyembuhkan point lainnya yang mempunyai jaringan. Teori ini dapat menjelaskan bahawa jika seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam pada matanya, namun dapat dibekam di daerah kepala atau sekitar lehernya. Jika seseorang yang mengalami gangguan pada sistem pencernaannya dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidah. Untuk mengubati pencernaan boleh dibekam pada point lidah dan sebaliknya untuk mengubati penyakit pada lidah boleh dibekam pada point saluran pencernaan.

Manakala ilmu perubatan barat pula sangat tertarik dengan fenomena bekam, dan mereka pun melakukan penelitian kajian terhadap mekanisma perubatan bekam dan ternyata mereka menemukan point-point itu merupakan point istimewa  “motor point” pada penempelan neuromuskular yang mengandungi banyak mitikondria, pembuluh (salur) darah, mioglobin, cell mast, kelenjar limfe, kapilari, venula, bundle dan pleksus saraf serta hujung saraf akhir dibandingkan dengan daerah yang bukan point istimewa.

Mereka membuktikan bahawa apabila dilakukan pembekaman pada satu point maka kulit jaringan bawah iaitu fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast sel dan lain-lain. Akibat kerosakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamin, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat inilah yang menyebabkan terjadinya dilatasi kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang dibekam. Dilatasi kapiler juga terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman.



Ini semua menyebabkan terjadinya pembaikpulih mikrosirkulasi pembuluh darah yang memberi kesan relaksasi (pelemasan) otot-otot yang kaku serta kesan vasodilatasi umu akan menurunkan tekanan darah secara stabil. Yang paling penting adalah dilepaskannya cortoctrophin releasing factor (CRF), serta releasing factors lainnya oleh adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin dan Corticosteroid yang mempunyai kesan menyembuhkan peradangan serta menstabilkan permeabilitas sel.

Manakala histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses pembaikan sel dan jaringan yang rosak serta menuju ke arah pembentukkan reticulo endothelia cell, yang akan meninggikan daya ketahanan dan imunisasi tubuh.

Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di atas kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang disambungkan pada comu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan  endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju motor neuron dan menimbulkan tindakbalas intubasi sakit. Selain itu kesan lainnya ialah dilatasi pembuluh darah kulit dan meningkatkan kerja jantung.

Pada sistem endokrin terjadinya kesan yang mempengaruhi sistem pusat melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem prefer langsung berkesan pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesteron, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari tempat atau daerah pembekaman.

Itulah khasiat bekam yang ternyata telah dibuktikan oleh ilmu perubatan moden dan ternyata sangat besar manfaatnya bagi penyembuhan tubuh. Tidak salah lagi memang benar terbukti nasihat para malaikat kepada Rasulullah supaya umat manusia jangan meninggalkan perubatan bekam untuk tujuan kesihatan dan sebenarnya ia saranan dari Yang Maha Pencipta, Allah Rabbul ‘Alamin untuk hamba-hambanya berubat.

“Aku tidak berjalan dihadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aki di isra’kan kecuali mereka berkata; ‘Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’.”  (Sohibul Jami’ : 5671)


Oleh Dr. Wadda Amani Umar

CARA RASULULLAH MENGUBATI DIRI SENDIRI

Cara Rasulullah mengubati diri sendiri

1. Baginda tidak menggunakan ubat kimia sebagaimana yang dipelopori bangsa romawi dan yunani yang mana perubatan itu juga telah diaplikasikan oleh Ibnu Sina dalam thesisnya.

2. Bahaya ubat kimia (Eqrobadjin) ialah ketagihan atau kerosakan badan. Jika sembuh terlalu pantas, bermakna dosa kifarah hanya dapat terhapus sedikit atau belum sempat terhapus. Ini mengurangkan dekatnya diri kita pada Allah.

3. Rasulullah hanya memilih makanan khasiat tinggi di Tanah Hijaz berdasarkan wahyu dan ucapan jibril terus kepadanya. Orang bukan islam menafsirkan ianya ilmu perubatan fitrah semulajadi, sebagaimana haiwan mengubati dirinya contohnya kucing akan menjilat minyak pelita (zaitun) apabila ia terkena racun.

4. Perubatan Rasulullah bolehlah dikira sebagai pembinaan semula sel tubuh dengan bersandar dan bertawakal kepada Allah melalui zikir, doa, membaca al-quran, bersolat, berpuasa, bertaubat, berbuat baik sesama manusia, menolong sesama manusia dan bersedekah. Ternyata ia juga memberi 'penyembuhan' terhadap rohani lalu menguatkan pula badan sipesakit tadi.




Tuesday, 5 November 2013

MANFAAT-MANFAAT PENGUBATAN BEKAM



1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2 Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3. menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4. bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.

5. bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.

6. ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. ketika megalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8. Ketika terkene sengal, scatica dan tulang.

9. untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10. ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.

11. bermanfaat bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.

12. bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.

13. bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis(radang ginjal yang parah.

14. bermanfaat mengatasi keracunan.

15. bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.



Tuesday, 29 October 2013

Kenali Santau

Apakah Santau?


Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaiton. Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan; di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, juga gangguan emosi dan/atau sebagainya; dalam tempoh masa yang panjang sebelum menemui ajal.

Santau kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja; atas kehendak amalan sihir berkenaan.
Download pictures



Jenis-jenis Santau:

  1. Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

  1. Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

  1. Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

  1. Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

  1. Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Bahan-bahan Membuat Santau

1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Simptom-simptom Terkena Santau

Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir)
2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine)
3) Demam dan/atau selsema
4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut)
5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik)
6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab
7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya
8) Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya
9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir
10) Sukar tidur malam

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu simptom-simptom yang lebih serius (atau kebanyakannya) seperti berikut:
1) Batuk berdarah
2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila
3) Badan menjadi kurus, pucat dan semakin lemah
4) Hilang daya tumpuan dan ingatan
5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis
6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman
7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah
8) Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Merawat Pesakit Santau

1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat Quran (Ruqyah Syariyyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak.

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Tuesday, 22 October 2013

PROSES STERILISASI ALATAN BEKAM


Sakit apa pun boleh bekam - Dr Jamaluddin Jalal

FADHILAT / FAEDAH BEKAM

Dengan berbekam kita telah beramal dengan salah satu Sunnah Nabi saw. Bekam amat berkesan untuk merawat berbagai penyakit, di antaranya :

- Kegemukan
- Penyakit kaki gajah
- Sakit pinggang
- Sakit perut
- Sembelit
- Gangguan jantung
- Sengal tulang
- Asma
- Insomnia
- Kejang otot
- Stress
- Tekanan darah tinggi
- Sakit lutut dan sendi
- Sakit, sejuk pada kaki
- Sakit tulang belakang
- Stroke
- Gout
- Bisul
- Sinus
- Kuat tidur
- Pembuluh darah sempit/sumbat
- Sakit bahu/tengkuk
- Kurang daya ingatan
- Sakit punggung
- Gangguan pundi
- Kaki semut-semut
- Sakit paha dan tapak kaki
- Tegang/gelisah
- Lutut yang kaku
- Gangguan pankreas
- Kejang-kejang
- Tekanan darah rendah
- Masalah kesuburan
- Sihir dan Saka
- Dan lain-lain

Monday, 21 October 2013

TITIK BEKAM SUNNAH (POINT UTAMA)

Titik Lokasi Bekam dan Menafaatnya



1. UMMU MUGHITS

Terletak dipuncak kepala, yakni di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Disekitar tulang ubun-ubun kecil (os parietale), di 2/3 bagian depan. Ada juga yang berpendapat terdapat diubun-ubun besar (fontanella). Apabila kepala dari batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibagi menjadi 12 bagian, maka ummu mughits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5 bagian dari garis batas rambut bagian depan .

Titik ini disebut juga titik “pertemuan seratus penyakit” (hundred meetings) dan “ibu dari penyakit” (ummu mughits). Titik ini merupakan tempat yang bertanggung jawab terhadap pergerakan dan sensor tubuh (motoric and sensory area).

Untuk pengubatan


·         Epilepsi (sawan)
·         Vertigo (perasaan seperti berputar)
·         Pusing
·         Prolapsus uteri (pergeseran rahim ke bawah)
·         Prolapsus rekti (pergeseran rektum ke bawah)
·         Glaukoma (penyakit mata karena tekanan bola mata meningkat)
·         Mania (suatu gangguan emosional)
·         Tinitus (telinga berdengung)
·         Sakit ubun-ubun
·         Sinusitis (radang sinus)
·         Rhinitis (radang hidung)
·         Epistaksis (mimisen)
·         Sihir


2. HAMMAH

Terletak di kepala bagian depan (os frontalis) atau dahi, di bagian kepala yang menempel lantai ketika sujud. Titik ini merupakan titik pertemuan meridian lambung dan kandung empedu.

Untuk pengubatan


·         Sakit  pada mata
·         Vertigo (perasaan seperti berputar)
·         Epistaksis ( mimisen)
·         Sakit  kening
·         Rhinitis (radang hidung)
·         Hidung tersumbat
·         Epilepsi (sawan)
·         Sakit kepala pada dahi
·         Pening


3. YAFUKH

Terletak di tengah kepala; di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang,yaitu antara tulang ubun-ubun (os parietale) dan tulang dahi (os frontale). Tempat ini merupakan daerah pengaturan pergerakan otot wajah dan otot-otot tubuh (chorea ) dan tremor controlling area.

Untuk pengobatan :


·         Epilepsi (epilepsi)
·         Kepala pusing
·         Rhinorea (berhingusan)
·         Sakit verteks/ubun-ubun
·         Sakit kepala bagian depan
·         Penglihatan kabur


4. NAQROH

Terletak di leher bagian belakang, di tulang leher 1-7, sejak dari atas batas rambut belakang hingga ke tulang leher 7 (Cervical ke 7). Boleh ke kanan dan ke kiri ke arah belakang telinga. Di sebelah dalamnya terdapat otak kecil (cerebellum), yang berbatasan dengan medulla oblongata. Tempat ini merupakan daerah pusat keseimbangan tubuh (balance area) )

Untuk pengobatan :


·         Afasia (kesulitan bicara)
·         Vertigo (perasaan seperti berputar)
·         Kepala pusing
·         Skizofrenia (suatu gangguan kejiwaan)
·         Mania (suatu gangguan emosional)
·         Sakit  pada verteks (ubun-ubun) dan oksipital (kepala belakang)
·         Sakit kepala
·         Kaku kuduk (blkg tengkuk)
·         Darah tinggi dengan kaku kuduk


  
5. QOMAHDUWAH

Qomahduwah ( Terletak di tulang kepala bagian belakang (os occipitale) di sebelah atas dari tonjolan tulang (protuberantia occipitalis). Pada tulang yang menonjol di bagian belakang kepala, terletak di antara dua telinga, yaitu di bagian kepala, di mana kalau seseorang tidur terlentang, maka qomahduwah adalah bagian kepala yang menempel di tanah. Tempat ini merupakan daerah yang berhubungan dengan pusat penglihatan (optic area) )

Untuk pengobatan :


·         Afonia (hilangnya suara)
·         Afasia (kesulitan bicara) akibat lidah kaku
·         Vetigo (perasaan seperti berputar)
·         Kepala pusing
·         Skizofrenia (suatu gangguan kejiwaan)
·         Mania (suatu gangguan emosional)
·         Nyeri verteks/ubun-ubun
·         Nyeri daerah oksipital (kepala belakang)
·         Flu, demam, sakit kepala
·         Kaku kuduk pada flu
·         Kejang
·         Gangguan kelopak mata
·         Kuduk terasa berat dan kaku



6. AKHDA’AIN

Terletak di leher, di kanan dan kiri urat leher ( sekitar otot sternocleidomastoideus dan platysma), di sekitar Vena Jugularis Interna )

Untuk pengubatan :


·         Pusing
·         Tuli mendadak
·         TBC kelenjar limfe
·         Punggung dan leher kaku
·         Muka bengkak
·         Tenggorokan nyeri dan serak
·         Tinitus ( telinga berdengung )
·         Parotitis ( gondongan )
·         Rahang kaku
·         Mastoiditis ( radang tulang mastoid )
·         Paralisis fasialis ( kelemahan otot wajah )
·         Kuduk kaku dan nyeri
·         Nyeri gigi
·         Leher dan punggung atas nyeri



7. KAHIL

Terletak di sekitar tonjolan tulang leher belakang nomor 7 (processus spinosus vertebrae cervicalis VII), antara bahu (acromion) kanan dan kiri, setinggi pundak )
Merupakan titik pertemuan meridian usus besar, lambung, usus kecil, kandung kemih, kandung empedu dan organ tri enegizer.

untuk pengubatan :


·         TBC
·         Meningitis (radang selaput otak)
·         Kejang
·         Asma bronkialis
·         Flu, batuk, pilek, ssakit kepala
·         Epilepsi (ayan)
·         Tortikalis (leher kaku dan tengeng)
·         Paraparesis inferior (kelumpuhan tungkai)
·         Peradangan sendi lutut
·         Nyeri rematik otot pundak dan punggung


8. UDZUN

Terletak di belakang telinga

Untuk pengubatan :


·         Tinitus (telinga berdengung)
·         Afasia (kesulitan bicara)
·         Rahang kaku
·         Pendengaran berkurang
·         Paralisis fasialis (kelemahan otot wajah)
·         Rahang nyeri
·         Nyeri saraf dan trigeminus
·         Kejang otot temporal (sekitar pelipis)
·         Nyeri dan bengkak sekitar rahan


9. MUNKIB

Terletak antara bahu dan lengan atas, antara caput humeri dan clavicula

Untuk pengubatan :


·         Nyeri bahu
·         Nyeri lengan atas
·         Gangguan pergerakan sendi bahu
·         Nyeri gigi dan daerah wajah


  
10. DZUQN

Terletak di dagu, kanan, kiri, bawah, atau sekitar janggut.

Untuk pengubatan :


·         Paralisis fasialis ( kelemahan otot wajah )
·         Pembengkakan gusi
·         Mania ( suatu gangguan emosi )
·         Sekitar mata bengkak
·         Sakit gigi


11. UDZUN

Terletak di belakang telinga

Untuk pengubatan :


·         Tinitus (telinga berdengung)
·         Afasia (kesulitan bicara)
·         Rahang kaku
·         Pendengaran berkurang
·         Paralisis fasialis (kelemahan otot wajah)
·         Rahang nyeri
·         Nyeri saraf dan trigeminus
·         Kejang otot temporal (sekitar pelipis)
·         Nyeri dan bengkak sekitar rahang


12. TSADYU

Terletak di bawah payudara

Untuk pengubatan :


·         Perasaan nyeri dan penuh di ulu hati
·         Batuk dan sakit dada
·         Nafas berat
·         Mastitis akut (radang payudara)
·         ASI tidak lancar
·         Asma bronkiale


13. QITHON

Terletak di punggung bagian bawah, antara tulang belakang lumbal ke-4 dan sakral ke-1. Merupakan pertemuan meridian ren dan kandung kemih.

Untuk pengubatan :


·         Lumbago (nyeri pinggang bawah)


·         Emisi seminal
·         Ngompol


·         Penglihatan kabur
·         Telinga berdengung
·         Kolik (kram) ginjal
·         Disuria (kesulitan kemih)


·         Haid tak lancar
·         Keputihan


·         Impotensi
·         Sering kencing


·         Adneksitis (radang sekitar rahim) 


14. ASFALAS SHODR

Terletak di dada bagian bawah, kiri dan kanan

Untuk pengubatan :


·         Dada terasa penuh
·         Asma bronkiale
·         Nyeri iga/dada
·         ASI tidak lancar
·         Nyeri menelan
·         Ulu hati terasa penuh
·         Malas makan
·         Nyeri lambung
·         Batuk dan sesak nafas
·         Jantung berdebar-debar


15. WIRK

Terletak pada pada pangkal paha (antara sendi femur dengan pelvis) dekat caput femoris, yaitu bagian bawah belakang tulang pinggul.

Wirk bagian belakang berfungsi untuk pengubatan :
·         Sakit bahagian belakang peha
·         Sakit  persendian sakro-lumbalis

Wirk bahagian depan berfungsi untuk pengubatan :
·         Sakit saraf femoralis
·         Sciatica (sakit dari punggung ke pinggul ke belakang paha hingga ke betis)
·         Artritis (sakit) sendi tungkai

Wirk bagian samping luar berfungsi untuk pengobatan :


·         Rematik sendi tungkai
·         Sakit  sendi lutut
·         Gatal seluruh tubuh
·         Lumpuh pada tungkai


16. MAQ’DAH

Terletak di pantat, di bagian yang paling menonjol ketika seseoranga duduk di sekitar tulang duduk atau tulang ekor. Di tengah atau di kanan kirinya. Pada otot gluterus maksilaris )

Untuk pengubatan :


·         Leukorea (keputihan)
·         Sciatica (nyeri dari punggung ke pinggul ke belakang paha hingga betis)
·         Haid tidak teratur
·         Lumbago (nyeri pinggang bawah)
·         Kesulitan kencing
·         Nyeri syaraf ischiadikus
·         Konstipasi (sembelit)
·         Penyakit dalam rongga pinggul
·         Hemoroid (wasir)

  
17. RUKBAH

Terletak di kiri-kanan atau di atas lutut

Rukbah bagian belakang berfungsi untuk penobatan :


·         Lumbago (sakit pinggang bawah)
·         Gangguan gerakan sendi lutut
·         Kekakuan otot lutut
·         Sakit  perut bawah
·         Sistisis (radang kandung kemih)



Rukbah bagian depan atas berfungsi untuk pengobatan :


·         Gastritis (radang perut/maag)
·         Mastitis (radang payudara)
·         Sakit bengkak lutut
·         Haid tak teratur
·         Dismenorea (sakit haid)
·         Amenorea (terlambat haid)

                                     
18. FAKHD

Terletak di paha di batang tulang femur

Fakhd bahagian depan, antara lutut dan lipat paha, berfungsi untuk pengubatan :
·         Kaku dan pegal pada paha
·         Kaku dan pegal lutut

Fakhd bahagian belakang, antara lipat gluteal (lipat paha) dan tengah popliteal (lipat lutut), berfungsi untuk pengubatan :
·         Nyeri bagian belakang paha
·         Nyeri sendi sacro-lumbalis

Fakhd bahagian tepi luar berfungsi untuk pengubatan :
·         Rematik kpaha
·         Gatal-gatal tungkai
·         Bisul kaki

Fakhd bahagian tepi dalam berfungsi untuk pengubatan :
·         Haid tidak teratur
·         Disuria (sulit kencing)
·         Kolik (kram) ginjal pada perut tengah bawah


19. SAAQ

Terletak di tungkai bawah, antara lutut dan pergelangan kaki )

Saaq bagaian tepi dalam, kira-kira 4 jari di atas mata kaki bagian dalam. Merupakan titik pertemuan meridian limpa, hati dan ginjal.

Untuk pengubatan :


·         Indigestion (gangguan pencernaan)
·         Feses yang lembek
·         Perut kembung
·         Haid tak teratur
·         Dismenore (nyeri haid)
·         Leukorea (keputihan)
·         Nyeri alat kelamin
·         Nyeri kencing
·         Ngompol
·         Tungkai bawah kesemutan atau nyeri



Saaq bagian samping luar, antara lutut dan mata kaki bagian luar, agak ke bawah berfungsi untuk pengubatan :


·         Sakit lutut
·         Kelemahan atau kelumpuhan tungkai bawah
·         Nyeri perut bagian bawah
·         Nyeri daerah lumbal, paha, sela iga
·         Gangguan atau nyeri pada mata
·         Nyeri daerah ketiak




20. RUSYGH

Terletak di antara lengan bawah (antebrachium) dengan telapak tangan (manus cava))
Rusygh, lengan bawah bagian punggung atau belakang, antara siku dengan punggung tangan ¼ bagian bawah,

Untuk pengubatan :


·         Radang pergelangan tangan
·         Nyeri bahu atau lengan atas
·         Tremor tangan
·         Telinga berbunyi
·         Otitis media akut (radang telinga tengah akut)



Rusygh, lengan bawah bagian depan, antara siku dengan telapak tangan ¼ bagian bawah,

Untuk pengubatan :



·         Gangguan jantung
·         Berdebar-debar
·         Nyeri angina pektoris
·         Histeria
·         Epilepsi (ayan)
·         Gelisah
·         Nyeri lengan atas dan bawah
·         Insomnia (sulit tidur)
·         Hipertensi
·         Hiccup (cegukan)
·         Nyeri daerah dada
·         Ketiak bengkak
·         Kejang sendi siku
·         Gatal-gatal lengan dan dada


21. ZHOHRUL QODAM

Terletak di punggung kaki, di sekitar tulang-tulang telapak kaki (ossa tarsalia ).

Untuk pengubatan :


·         Paralisis fasialis (kelemahan otot wajah)
·         Muntah-muntah
·         Distensi perut (perut terasa penuh)
·         Nyeri tungkak
·         Tungkai lemas
·         Wajah bengkak
·         Nyeri perut
·         Nyeri atau bengkak punggung kaki
·         Mata merah dan gatal
·         Mastitis akut (radang payudara)
·         Nyeri daerah ketiak
·         Nyeri sekitar leher
·         Penglihatan kabur


22. ILTIWA

Terletak di bawah mata kaki bagian dalam (malleolus medialis) agak ke bawah ke arah tumit, di antara malleolus medialis dengan tulang tumit (calvaneus) )

Untuk pengubatan :


·         Telinga berbunyi
·         Batuk darah
·         Nafas berat
·         Bronkiektasi
·         Haid tidak teratur
·         Insomnia (sulit tidur)
·         Nefritis kronis (radang nefron ginjal)
·         Sakit  punggung sekitar lumbal
·         Disuria (sulit kencing)
·         Konstipasi (sembelit)
·         Sakit pantat
·         Dismenorea (Sakit haid)




23. BAINAL KATIFAIN

Antara Dua Bahu

Untuk pengubatan :


·         Pusing
·         Sakit lengan atas dan pundak
·         Kaku punggung dan leher
·         Gangguan gerak sendi bahu
·         Sakit  otot skapula, daerah belikat
·         Flu
·         Kelumpuhan anggota gerak atas
·         Sakit otot pundak dan punggung
·         Pembengkakan kelenjer limfa daerah ketiak
·         Gangguan gerakan lengan sendi bahu dan bahu (klavikula)