Assalamualaikum w.b.t. Salam Perkenalan dari saya kepada anda semua pelawat yang diraikan. Semoga dengan blog ini anda semua mendapat manfaat
Nama saya Safwan Othman merupakan anak kelahiran Pekan-Pahang. Kepakaran saya ialah membantu anda meningkatkan tahap kesihatan anda dengan cara terapi bekam sunnah yang mustajab. Berapa ramai yang ingin saya memberikan khidmat nasihat dan sesi rawatan terapi bekam sama ada untuk merawat penyakit tertentu atau untuk pencegahan, boleh menghubungi saya.
Hari ini saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang mengurniakan kepada saya kefahaman dalam ilmu Perubatan Nabi (Tibb an-Nabawi) khususnya ilmu perubatan bekam. Sebenarnya bidang ini sangat berbeza dengan kelulusan saya iaitu dalam bidang Syariah & Undang-undang. Namun begitu ianya sedikit sebanyak mempunyai kaitan dan melalui sumber yang sama iaitu al-Quran & Sunnah.
Jutaan terima kasih wajib saya ucapkan kepada guru-guru saya yang banyak mengajarkan ilmu perubatan bekam ini antaranya ialah, Puan Ummu & Saudara Umar (Guru Bekam di Pelabuhan-Kuantan), dan Ustaz Nizam (Guru Bekam di Paka-Terengganu.)
Rawatan terapi bekam ini merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w yang mempunyai manfaat penyembuhan pelbagai penyakit. Ini bersandarkan banyak hadis sahih baginda yang menerangkan betapa pentingnya perubatan bekam ini diutamakan oleh manusia khususnya umat Islam.
Segala penulisan saya di dalam blog ini akan memaparkan info-info berkaitan kesihatan alternatif / perubatan nabi yang seharusnya kita dahulukan berbanding perubatan moden yang menggunakan ubatan kimia dan vaksin yang sebenarnya mengandungi berbagai konflik (racun) dan berbahaya kepada tubuh badan kita.
Sekiranya melalui penulisan saya di dalam blog ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak adalah tidak disengajakan dan tiada niat. Mohon maaf atas kekurangan.
Sekian, Wassalamualaikum w.b.t.

Selamat berwacana admin dan up date selalu.
ReplyDeleteMaaf jarang buka blog.
DeleteKepada yang nak tanya apa2 boleh call >> 010 - 601 6464
Boleh juga lihat FB Page kami di >> https://www.facebook.com/terapibekamsunnahbarakah