Bekam Pekan

Bekam Pekan
1001

Saturday, 23 November 2013

Frequently Asked Questions FAQ



Frequently Asked Questions 

Apakah itu Bekam / Hijamah?

Adalah bermaksud “perlepasan darah kotor “. Terapi ini merupakan satu kaedah mengeluarkan sisa toksid dalam tubuh melalui permukaan kulit dengan cara menyedut. Alat yang digunakan dalam melakukan bekam tersebut samada gelas ataupun mangkuk plastik yang tebal dan berkualiti dan lebih hygiene.


Bagaimanakah mekanisme ia bekerja?

Ada beberapa teori bekenaan bagaimana bekam bekerja diantaranya ialah :

- Teori Refleks  
Adanya refleks dari kulit yang dihantarkan oleh saraf ke sum-sum tulang belakang (medula spinalis) kemudian ke organ dalam.

- Teori saraf Otonom.
Titik bekam merupakan tempat pemusatan saraf otonom yang berhubungan dengan Thalamus dan Hypothalamus di dalam otak yang akan diteruskan ke organ.

- Teori neuro Humoral  
Rangsangan pada titik bekam akan merubah biokimia darah seperti triglycerida, kolesterol dll.

- Teori susunan saraf pusat  
Rangsangan pada titik bekam akan ke susunan saraf pusat yang kemudian mengeluarkan perintah ke organ dalam melalui efek perubahan elektromagnet otak.


Apakah efek bekam pada tubuh?

Kulit - Akan terjadi pengurangan sensitiviti sehingga terjadi efek analgesik dan anestasia.

Otot - Akan menyebabkan relaksasi pada otot yang tegang.

Saraf - Menimbulkan efek analgesik dan anastesia.

Pembuluh darah - Akan terjadi vasolidatasi kapileri (pelebaran salur darah) sehingga melancarkan alirannya.

Darah - berlakunya pemecahan lemak, pengurangan kadar lipid, bertambah kadar globulin sehingga
meningkatkan imuniti tubuh.

Endokrin - Merangsang pembentukan hormon.

Mental - menghilangkan stress, anxiety, depresi dan menimbulkan efek hipnotik.

Sendi - menimbulkan efek anti inflamasi pada athritis.

Usus - menimbulkan rangsangan pada perilstatik usus.


Orang yang tidak layak dibekam darah?

1. Orang Tua yang lemah tidak berdaya.
2. Orang yang memakan ubat pencair darah.
3. Tekanan darah yang sangat rendah.
4. Wanita yang sedang haid.
5. Pada kulit yang berpenyakit.
6. Waktu perut yang terlalu kenyang.
7. Pada perut wanita hamil.
8. Penderita Diabetes yang melebih 10mmol/L
9. Kanak-kanak berumur < 3 tahun.


Kekerapan Bekam?

1. Seminggu sekali – bagi berpenyakit kronik (kanser, stroke, gout dsb) sehingga 2 bulan, bulan ke-3 rehat.(Ulangi cycle ini sehingga sembuh) Nota: Jumlah cup dimulai sedikit dan titik bekamnya diubah2.

2. Sebulan sekali – “Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 hb, maka ia akan menyembuhkan pelbagai penyakit” . (HR Abu Daud). Sebagai pemeliharaan kesihatan & meningkatkan imuniti tubuh.

3. 4 Bulan sekali – “...sel darah merah bertahan hidup selama 120 hari dan selepas itu ia akan rosak, mati, tidak berfungsi lagi.....” (Teori RBC)

4. Bila2 masa sahaja apabila datangnya serangan penyakit.


“Do” & “don’t”sebelum & selepas bekam?

Do’s  
1. Lakukan aktiviti fizikal sebelum bekam spt sauna, berjalan kaki agar darah mudah keluar semasa bekam.
2. Minum air, madu @ makanan tenaga selepas bekam.

Don’t  
1. Tidak berjimak sebelum & selepas bekam.
2. Tidak melakukan aktiviti berat selepas bekam.
3. Tidak terus mandi selepas bekam. (ok >1jam)
4. Tidak terus tidur selepas bekam.(ok >1jam)
5. Tidak makan 2 jam sebelum bekam.

Apakah kesan sampingan selepas bekam (healing crisis) & menanganinya?

Lebam  – akan hilang < seminggu. Sapukan minyak habatus sauda @ tuam / tungku suam panas di tempat lebam untuk cepat sembuh.

Kegatalan  – sapu minyak habatus sauda pada kawasan gatal setiap hari + minum air suam. Elakkan menggaru.

Demam  – Banyakkan minum air mineral.

Keletihan  – rehat @ tidur yang cukup. Minum madu @ makan pil habatus sauda (2x sehari) setiap hari utk tambah tenaga.


Jenis penyakit yang telah dirawat dengan bekam.

Migrain yang berulang2.
Sakit pinggang seolah2 slip disc.
Impotensi dan lemah shahwat.
Sciatica.
Allopecia (rambut gugur)
Batuk @ bronchitis.
Demam.
Hypertension.
Gout.
Depression, anxiety, stress.
Gatal.


Blog atau website sebagai rujukan?

http://bekampekan.blogspot.com
http://www.healthmeanswealth.co.uk
http://www.ahealth.co.uk
http://www.hijamadirectory.info


Bagaimana alat bekam disteril?

1. Cawan bekam direndam Sodium Hypochloride + hebtane.
2. Dibasuh dengan pencuci.(Dettol)
3. Dibilas dengan air.
4. Dikeringkan pada suhu bilik.
5. Dimasukkan dalam UV-Steriliser.
6. Disimpan dalam rak.
7. Dispray dgn alkokohol sebelum guna.


Saya ingin belajar bekam, boleh tak?

Kami amat mengalukan anda belajar sendiri Sunnah bekam ini. Kami sedia mengajar anda dan membekalkan alatan bekam.

Hubungi kami bila2 masa.


Hadis berkenaan Bekam?

Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud).

Apakah supplement cadangan?

Amalkan pemakanan sunnah seperti Madu, Habatus Sauda, Cuka Kurma, Delima, Minyak Zaitun, Susu dll. Ianya banyak disebut dalam Hadis dan Al-Quran.

Cuka Kurma – amalkan bersama madu. 1 sudu cuka kurma + 1 sudu madu(boleh juga 2:2 @ 1:2) bersama segelas air. Diminum pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur. Baik untuk mengurangkan lemak badan, membantu pesakit Hypertension, Gout, Diabetes, Kolesterol tinggi, Slimming tubuh dsb.

Minyak Habatus sauda – Dicampur 2 titis dalam setiap minuman seperti Kopi, Teh, Milo dsb. Menguatkan sistem Imun badan. Sapu pada kulit yang gatal dan berparut.

Jus Delima – Diminum 2 sudu 2 x sehari.

Minyak Zaitun – Amalkan minum 2 sudu setiap malam sebelum tidur. Baik untuk kulit dan jantung. Menurunkan LDL kolesterol. 

Sunday, 17 November 2013

Mekanisma Bekam Menurut Perubatan Moden



Ramai orang meragui akan khasiat bekam, kerana menurut mereka manfaatnya hanya sekadar meringankan badan. Namun pendapat ini dibantah oleh ilmu kedoktoran moden sebagaimana yang akan kita bahaskan. Amalan bekam ini ternyata sangat maju dan lebih berkesan berbanding ilmu kedoktoran moden pada masa kini. Keberkesanan perubatan ini adalah sangat mustahil ditemui (berdasarkan kajian moden) pada zaman Rasulullah, namun beliau sudah terang-terangan memerintahkan ummatnya untuk mencari kesembuhan sesuatu penyakit dengan kaedah bekam.

Antara sabda baginda mengenai bekam, maksudnya: “Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu dengan minum madu, ssyatan (torehan) pisau bekam, dank ay (dengan api). Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.” (Sahih Bukhari, At-Tib Juz I Hal 5680).

Menurut kedoktoran traditional, bahawa di bawah kulit, otot mahupun fascia (lapisan yang meliputi otot) terdapat satu point (titik) yang mempunyai keistimewaan. Antara satu point dengan point yang lain saling berhubung dalam bentuk jaringan membujur atau melintang. Jaringan ini dapat disamakan dengan meridian atau habl. Dengan adanya jaringan ini, maka terdapat hubungan yang erat antara bahagian dalam dengan bahagian luar, bahagian kanan dengan bahagian kiri tubuh, antara organ-organ tubuh dengan jaringan bawah kulit, antara organ-organ , dan sebagainya sehingga membentuk suatu kesatuan yang tidak terpisah dan dapat berinteraksi secara serentak.



Gangguan yang terjadi pada suatu point ini dapat merebak dan mempengaruhi point lain, dan juga sebaliknya jika pengubatan dilakukan pada satu point akan menyembuhkan point lainnya yang mempunyai jaringan. Teori ini dapat menjelaskan bahawa jika seseorang yang sakit mata tidak perlu dibekam pada matanya, namun dapat dibekam di daerah kepala atau sekitar lehernya. Jika seseorang yang mengalami gangguan pada sistem pencernaannya dapat dilihat gambaran penyakitnya di lidah. Untuk mengubati pencernaan boleh dibekam pada point lidah dan sebaliknya untuk mengubati penyakit pada lidah boleh dibekam pada point saluran pencernaan.

Manakala ilmu perubatan barat pula sangat tertarik dengan fenomena bekam, dan mereka pun melakukan penelitian kajian terhadap mekanisma perubatan bekam dan ternyata mereka menemukan point-point itu merupakan point istimewa  “motor point” pada penempelan neuromuskular yang mengandungi banyak mitikondria, pembuluh (salur) darah, mioglobin, cell mast, kelenjar limfe, kapilari, venula, bundle dan pleksus saraf serta hujung saraf akhir dibandingkan dengan daerah yang bukan point istimewa.

Mereka membuktikan bahawa apabila dilakukan pembekaman pada satu point maka kulit jaringan bawah iaitu fascia dan ototnya akan terjadi kerosakan dari mast sel dan lain-lain. Akibat kerosakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamin, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat inilah yang menyebabkan terjadinya dilatasi kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang dibekam. Dilatasi kapiler juga terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman.



Ini semua menyebabkan terjadinya pembaikpulih mikrosirkulasi pembuluh darah yang memberi kesan relaksasi (pelemasan) otot-otot yang kaku serta kesan vasodilatasi umu akan menurunkan tekanan darah secara stabil. Yang paling penting adalah dilepaskannya cortoctrophin releasing factor (CRF), serta releasing factors lainnya oleh adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin dan Corticosteroid yang mempunyai kesan menyembuhkan peradangan serta menstabilkan permeabilitas sel.

Manakala histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses pembaikan sel dan jaringan yang rosak serta menuju ke arah pembentukkan reticulo endothelia cell, yang akan meninggikan daya ketahanan dan imunisasi tubuh.

Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di atas kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang disambungkan pada comu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta traktus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan  endorphin. Sedangkan sebahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju motor neuron dan menimbulkan tindakbalas intubasi sakit. Selain itu kesan lainnya ialah dilatasi pembuluh darah kulit dan meningkatkan kerja jantung.

Pada sistem endokrin terjadinya kesan yang mempengaruhi sistem pusat melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem prefer langsung berkesan pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesteron, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari tempat atau daerah pembekaman.

Itulah khasiat bekam yang ternyata telah dibuktikan oleh ilmu perubatan moden dan ternyata sangat besar manfaatnya bagi penyembuhan tubuh. Tidak salah lagi memang benar terbukti nasihat para malaikat kepada Rasulullah supaya umat manusia jangan meninggalkan perubatan bekam untuk tujuan kesihatan dan sebenarnya ia saranan dari Yang Maha Pencipta, Allah Rabbul ‘Alamin untuk hamba-hambanya berubat.

“Aku tidak berjalan dihadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aki di isra’kan kecuali mereka berkata; ‘Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’.”  (Sohibul Jami’ : 5671)


Oleh Dr. Wadda Amani Umar

CARA RASULULLAH MENGUBATI DIRI SENDIRI

Cara Rasulullah mengubati diri sendiri

1. Baginda tidak menggunakan ubat kimia sebagaimana yang dipelopori bangsa romawi dan yunani yang mana perubatan itu juga telah diaplikasikan oleh Ibnu Sina dalam thesisnya.

2. Bahaya ubat kimia (Eqrobadjin) ialah ketagihan atau kerosakan badan. Jika sembuh terlalu pantas, bermakna dosa kifarah hanya dapat terhapus sedikit atau belum sempat terhapus. Ini mengurangkan dekatnya diri kita pada Allah.

3. Rasulullah hanya memilih makanan khasiat tinggi di Tanah Hijaz berdasarkan wahyu dan ucapan jibril terus kepadanya. Orang bukan islam menafsirkan ianya ilmu perubatan fitrah semulajadi, sebagaimana haiwan mengubati dirinya contohnya kucing akan menjilat minyak pelita (zaitun) apabila ia terkena racun.

4. Perubatan Rasulullah bolehlah dikira sebagai pembinaan semula sel tubuh dengan bersandar dan bertawakal kepada Allah melalui zikir, doa, membaca al-quran, bersolat, berpuasa, bertaubat, berbuat baik sesama manusia, menolong sesama manusia dan bersedekah. Ternyata ia juga memberi 'penyembuhan' terhadap rohani lalu menguatkan pula badan sipesakit tadi.




Tuesday, 5 November 2013

MANFAAT-MANFAAT PENGUBATAN BEKAM



1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2 Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3. menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4. bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.

5. bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.

6. ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. ketika megalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8. Ketika terkene sengal, scatica dan tulang.

9. untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10. ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.

11. bermanfaat bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.

12. bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.

13. bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis(radang ginjal yang parah.

14. bermanfaat mengatasi keracunan.

15. bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.